Hong Wan & Faisal Halim Lengkapkan Barisan Pemain Unik Kim Pan-gon Ke China
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan barisan 26 orang pemain terbaik yang bakal memperkuat cabaran Malaysia ke China September ini.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terdapat beberapa muka baharu yang kembali dipanggil semula untuk memperkuat skuad negara.

Advertisements

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, pengendali kelahiran Korea itu telah mengekalkan seramai 15 daripada 26 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Kuala Terengganu pada Jun 2023.

Beliau juga membuat keputusan untuk membawa masuk 11 pemain baharu terdiri daripada tujuh pemain dari kem Mac 2023 yang tiada ketika kem Jun 2023 iaitu kapten pasukan, Dion Cools, dua penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Damien Lim, Darren Lok, Quentin Cheng dan Brendan Gan.

Advertisements

Malah, terdapat juga kepulangan pemain bintang seperti Nor Azam Abdul Azih selain tiga pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 iaitu Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin.

Kemunculan yang paling dinantikan iaitu kehadiran perancang tengah JDT, Nathaniel Shio Hong Wan yang kembali dipanggil untuk kali pertama tahun ini.

Advertisements

Selain itu, terdapat 20 pemain telah diletakkan dalam senarai bersedia termasuklah bekas peledak Malaysia, Syafiq Ahmad dan nama-nama seperti Khuzaimi Piee, Fazly Mazlan, Feroz Baharudin dan lain-lain.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Advertisements

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Syria pada Rabu, 6 September 2023 sebelum menentang China bagi aksi kedua pada Sabtu, 9 September 2023.

Advertisements

News Comments Account