Ads
Iraq Kekal Rekod Kebal Tundukkan Vietnam
Asia
Iraq FA

Iraq mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sebagai juara Kumpulan F dengan menewaskan Vietnam di Basra.

Advertisements

Dengan Indonesia sah mengiringi Iraq ke pusingan seterusnya, peluang Vietnam untuk layak kini sudah tertutup.

Advertisements

Iraq yang dibimbing Jesus Casas menurunkan barisan mantap diketuai bintang muda Air Force Club, Ali Jasim. Sementara Vietnam yang dibimbing Kim Sang-sik pula menggunakan format 5-4-1 diketuai kapten, Nguyen Tien Linh.

Advertisements
Advertisements

Sebaik perlawanan bermula, Singa Mesopotamia tampil garang dan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah.

Vietnam tergamam apabila rembatan jarak jauh Hussein Ali Haidar menerjah jaring gawang yang dikawal Filip Nguyen pada minit ke-12.

Advertisements

Belum sempat Golden Star Warriors kembali mengatur langkah, tuan rumah kemudiannya dianugerahkan sepakan penalti. Ini selepas Nguyen dikesan menjatuhkan pemain Iraq dalam kotak penalti.

Malangnya, hasrat tuan rumah menggandakan kelebihan menerusi Mohanad Ali gagal apabila penalti yang diambilnya tersasar.

Vietnam berusaha mendapatkan jaringan penyamaan menerusi Tien Linh tetapi tidak berhasil. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, Sang-sik membuat tiga pertukaran pemain iaitu Do Hung Dung, Pham Xuan Manh dan Tuan Hai Pham untuk menambah sengat serangan Vietnam.

Hung Dung hampir menyamakan kedudukan buat Golden Star Warriors pada minit ke-61 tetapi sepakan percuma lencongnya tersasar.

Gol kedua yang dicari Iraq akhirnya muncul pada minit ke-71. Jasim berjaya mencari ruang dalam kotak penalti Vietnam sebelum melepaskan rembatan yang terkena pemain lawan sebelum menerjah jaring.

Golden Star Warriors merapatkan jurang menerusi Tuan Hai pada minit ke-85. Ini gol ketujuh beliau dalam 29 penampilan antarabangsa bersama Vietnam mengikut data Transfermarkt.

Sang-sik berharap gol tersebut dapat mendorong Vietnam bangkit mengejar. Malangnya, impian tersebut diranapkan menerusi gol peledak berbisa Singa Mesopotamia, Aymen Hussein pada minit ke-92.

Keputusan ini menyaksikan Iraq mengekalkan rekod 100% kemenangan dalam Kumpulan F dan mara selaku juara kumpulan. Sementara Vietnam terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga dalam kumpulan.

Advertisements

Golden Star Warriors kini mengalihkan fokus kepada persiapan memburu slot kelayakan Piala Asia 2027 dan ASEAN Championship 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram