Isaac Hayden Nafi Miliki Darah Keturunan Malaysia
MakanBola
Newcastle United FC
Sponsors

Pemain tengah Newcastle United, Isaac Hayden tampil menafikan dakwaan memiliki darah keturunan Malaysia.

Terdahulu, laman pencari bakat, Frfuturetalents melaporkan pemain berusia 29 tahun itu memiliki pertalian darah dengan Malaysia selepas neneknya berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah.

Ad

Walau bagaimanapun, pemain kelahiran Chelmsford, England ini telah memilih untuk beraksi bersama Jamaica di peringkat antarabangsa dan telah diturunkan ketika berdepan Amerika Syarikat November lalu.

Ad

Hayden beraksi dalam kedua-dua aksi timbal balik itu namun telah mencatat 1 bantuan jaringan tatkala Jamaica tersingkir di peringkat suku akhir CONCACAF Nations League tersebut.

Oleh kerana acap kali ditanya dan disebut-sebut di media sosial, Hayden akhirnya tampil menjawab dakwaan miliki warisan di Malaysia dalam satu hantaran oleh Football Noice.

Ad

Menurut Hayden, Malaysia merupakan negara yang indah namun beliau tidak mempunyai sebarang ahli waris atau keluarga dari sana bagi membolehkannya mewakili Harimau Malaya.

Ad

“Malaysia adalah sebuah tempat yang menakjubkan, tetapi saya tidak mempunyai sebarang warisan di sana, jadi saya tidak boleh bermain untuk negara tersebut,” jelas Hayden.

Ad

Oleh itu, Hayden yang pernah menyarung jersi skuad muda England berharap agar khabar angin seperti berita ini dapat dihentikan dan tidak perlu disebutkan lagi di masa hadapan.

“Jadi, sila berhenti menandai atau menyebut saya dalam hantaran berkaitan perkara ini. Terima kasih,” kata Hayden lagi di ruangan komen.

Komen Isaac Hayden Isaac Hayden Nafi Miliki Darah Keturunan Malaysia
Komen Isaac Hayden di Instagram Football Noice

Untuk rekod, musim ini Hayden masih belum mencatatkan sebarang minit permainan bersama Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).