Ads
Dunia
Antara Foto

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kini menanti siapa yang mengisi jawatan presiden persatuan berkenaan. Ini selepas Presiden PSSI, Mochammad Iriawan atau panggilan mesranya, Iwan Bule telah mengumumkan perletakan jawatannya hari ini.

Advertisements

Keputusan tersebut dibuat seiring dengan tindakannya tidak mengemukakan pencalonan jawatan presiden dalam Kongres Luar Biasa (KLB) PSSI pada Februari ini.

Advertisements

Ini membuka ruang kepada tiga calon iaitu Menteri Badan Usaha Milik Negara, Erick Thohir, bekas Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha dan bekas Presiden PSSI, La Nyalla Mattalitti bersaing merebut jawatan tersebut dalam KLB.

Advertisements

Advertisements

“Tadi, sudah saya sampaikan di penghujung kongres, ada banyak pertanyaan pak ketua masih mahu lagi atau tidak? 2 November 2019, saya dipilih sebagai ketua umum (Ketum/Presiden).

“Sekarang, tempoh khidmat saya hampir tamat, saya mengucapkan terima kasih untuk wartawan yang membantu dan menyokong saya sampai kongres ini berakhir.

Advertisements

“Dalam kongres hari ini , ingin saya sampaikan setelah menyatakan keterangan, saya rasa kedudukan saya sudah mencapai hadnya. Saya telah mengorbankan tenaga, masa fikiran dan ruang.

“Saya memutuskan untuk tidak mengemukakan pencalonan sebagai Ketum PSSI dalam KLB akan datang. Tetapi saya akan memenuhi tugas yang masih ada bagi memastikan KLB dapat dilaksanakan dalam keadaan aman dan tersusun,” ucapnya dalam Kongres Biasa PSSI hari ini.

Kongres Biasa PSSI hari ini diadakan bagi membentuk beberapa jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk KLB yang bakal berlangsung pada Februari ini.

Di bawah kepimpinan Iwan Bule, Indonesia berjaya layak ke Piala Asia di bawah bimbingan Shin Tae-yong dan dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun.

Bagaimanapun, era beliau turut diselubungi kegagalan termasuk gagal meraih pingat emas Sukan SEA dan menjulang Piala AFF.

Advertisements

Selain itu, era Iwan Bule turut dibayangi oleh tragedi Kanjuruhan yang menyaksikan 129 orang terbunuh dengan PSSI kemudiannya dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram