Advertising
J1 League: Kawasaki Frontale Longlai Ditewaskan Cerezo Osaka
MakanBola
Kawasaki Frontale

Kebangkitan yang ditampilkan Kawasaki Frontale dalam dua perlawanan sebelum ini tidak bertahan lama apabila mereka tunduk 2-0 kepada Cerezo Osaka dalam aksi terbaru J1 League.

Frontale berharap selepas mara ke separuh akhir Emperor’s Cup, itu cukup untuk membantu mereka bangkit dalam saingan liga.

Ad

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang di Stadium Yodoko Sakura. Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan Cerezo dan Frontale menyaksikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Cerezo memperkemas rentak permainan mereka. Dan tuan rumah akhirnya membuka jaringan pada minit ke-52 menerusi jaringan sendiri pemain Frontale, Kota Takai.

Takai secara tidak sengaja menanduk hantaran padu Jordy Croux ke dalam gol dengan penjaga gol pelawat, Naoto Kamifukumoto tidak dapat berbuat apa-apa.

Ad

Pasukan pelawat makin tertekan apabila pembantu pengadil video (VAR) mengesan kekasaran ke atas Croux dalam kotak penalti. Leo Ceara tenang menyempurnakan penalti bagi meletakkan Cerezo selesa di hadapan pada minit ke-72.

Ad

Jurulatih Frontale, Toru Oniki membuat beberapa pertukaran dengan harapan itu dapat mencetuskan kembali kebangkitan seperti disaksikan dalam dua perlawanan lepas.

Ad

Malangnya, kebangkitan yang dicari tidak berlaku dengan Cerezo dianugerahkan penalti buat kali kedua pada minit ke-90. Pemain gantian, Ryo Watanabe mudah menewaskan Kamifukumoto dengan gol ketiga pada minit ke-92.

Kekalahan ini bukanlah sesuatu yang dimahukan Frontale sebelum J1 League berehat bagi memberi ruang kepada kalendar antarabangsa FIFA. Sekiranya FC Tokyo menang ke atas Avispa Fukouka besok, Frontale bakal jatuh ke tangga ke-10.

Situasi ini kembali menambah tekanan kepada Oniki. Ini kerana Tokyo lawan Frontale seterusnya pada 15 September sebelum disusuli lawan pertama Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) empat hari kemudian.

Sekiranya tewas dalam kedua-dua perlawanan, tidak mustahil kedudukan Oniki sebagai jurulatih akan dipertimbang semula oleh pengurusan Frontale.