Jadon Sancho Minta Maaf Kepada Erik Ten Hag
EPL
MakanBola
Manchester United
Advertisements

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho kembali berlatih bersama pasukan itu selepas memohon maaf dengan pengurus, Erik ten Hag.

Sebelum ini, hubungan Sancho-ten Hag tegang selepas pengurus Belanda itu dilabel penipu oleh pemain sayap England itu. Tuduhan itu timbul susulan tindakan ten Hag menggugurkannya daripada perlawanan liga menentang Arsenal pada September 2023.

Advertisements

Selepas Sancho enggan memohon maaf kepada pengurus Belanda itu, pemain sayap berusia 24 tahun itu disisihkan dan terpaksa menjalani latihan bersendirian. Beliau kemudiannya menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman dalam tetingkap perpindahan Januari 2024.

Sancho kembali menunjukkan prestasi terbaik semasa berada di Signal Iduna Park. Ini termasuk membantu kelab lamanya mara ke final Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim 2023/24.

Advertisements

Peluang Sancho untuk kembali ke Old Trafford kelihatan tipis apabila United memperbaharui kontrak ten Hag baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila bekas pemain remaja Manchester City itu melapor diri untuk sesi pra-musim United di Carrington pada 10 Julai lalu.

Advertisements

Akhbar Daily Mail melaporkan ten Hag dan Sancho telah mengadakan pertemuan untuk menjernihkan kembali hubungan mereka. Dan selepas merenung kembali semua isu yang timbul, Sancho telah memohon maaf dan kedua-duanya bersedia melupakan apa yang berlaku.

Atas sebab itu, ramai peminat The Red Devils teruja melihat Sancho kembali menjalani latihan pra-musim bersama barisan pemain United.

Advertisements

Disebabkan beliau melapor diri pada 10 Julai lalu, Sancho tidak diturunkan untuk aksi pra-musim pertama menentang Rosenborg pada 15 Julai ini. Beliau akan menyertai baki kempen pra-musim United termasuk di Amerika Syarikat.

News Comments Account