Advertising
UCL: Borussia Dortmund Kejutkan PSG, Layak Ke Final Selepas 11 Tahun
MakanBola
Borussia Dortmund

Perlawanan aksi separuh akhir kedua bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah pagi ini menyaksikan pertembungan diantara Paris Saint German (PSG) dan Borussia Dortmund berakhir dengan keputusan 1-0.

Skuad kendalian Luis Enrique menurunkan barisan paling ampuh yang diketuai oleh Kylian Mbbape sementara Borussia Dortmund turun dengan kelebihan 1 gol selepas menang pada aksi separuh akhir pertama.

Separuh masa tiada sebarang gol dapat dihasilkan oleh kedua pasukan. PSG dilihat lebih menguasai perlawanan dengan 61 peratus sementara Borussia Dortmund hanya 39 peratus.

Ad

Sebanyak 8 sepakan berjaya dibuat oleh PSG dengan 3 sepakan tepat. Bagi skuad kendalian Edin Terzic pul, hanya 4 sepakan dengan 2 sepakan tepat berjaya dibuat pada separuh masa pertama.

Ad

Pertahanan Borussia Dortmund, Matts Hummels muncul wira pasukan apabila membuka jaringan menerusi tandukan pada minit ke-50 permainan. 

Ad
Ad

Beberapa pertukaran dibuat oleh PSG dengan memasukkan bintang Korea Selatan, Lee Kang in, Marco Asensio dan Bradley Barcelo. Namun, tetap gagal mencari gol.

Ad

Borussia Dortmund layak ke perlawanan akhir selepas 11 tahun dengan kemenangan aggregat 2-0 ke atas PSG. 

Selepas ini, Borussia Dortmund bakal bertemu sama ada Real Madrid atau Bayern Munich. 

Perlawanan akhir akan berlangsung pada bulan hadapan 2 Jun 2024, jam 3 pagi waktu Malaysia.