Jaguh Asia, Urawa Reds Sambar Bintang Piala AFF Thailand
Asia
AFP
Advertisements

Kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds membuat keputusan mengejut apabila mendapatkan khidmat perancang tengah berbakat Thailand, Ekanit Panya.

Juara AFC Champions League 2022 ini tertarik untuk membawa masuk bintang Asia Tenggara bagi memantapkan cabaran pasukan.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan bintang yang cukup menyerlah dalam saingan domestik bersama Muangthong United.

Advertisements

Beliau yang turut memperkuat saingan Piala AFF tahun lalu tatkala Thailand berjaya mengekalkan kejuaraan selama dua tahun berturut-turut.

Pemain ini menjadi wira di bawah kendalian Mano Polking apabila beliau menjadi pilihan utama untuk mengemudi jentera tengah skuad Gajah Perang.

Advertisements

Menuru perkembangan yang dikongsikan oleh Asean Football, Urawa Reds difahamkan telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan khidmat pemain ini bagi memperkuat pasukan.

Ekanit difahamkan akan menyertai Red Devils secara pinjaman selama 6 bulan bagi jendela perpindahan kedua musim ini.

Advertisements

Pada musim lalu, beliau telah beraksi secara konsisten apabila mengumpul sekitar 1400 minit dalam semua kejohanan di Thailand dan menjaringkan 6 gol.

Impak beliau sudah pasti ditagih oleh Urawa Reds terutamanya untuk membantu pasukan lebih cemerlang di pentas bola sepak Asia (ACL).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram