Perancang tengah Syria, Jalil Elias mempamerkan impak berbisa di Argentina.
Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua musim 2024/25.
Bekas pemain San Lorenzo ini melengkapkan perpindahan ke JDT namun hanya diturunkan sekali dalam saingan Liga Super.
Beliau pulang ke saingan di Argentina menyertai Velez Sarsfield dan terus menjadi antara watak utama di sana.
Jalil Elias telah beraksi dalam 9 perlawanan termasuklah ketika membantu Velez mengikat Belgrano dengan keputusan 1-1 pada 27 November.
Pemain kelahiran Argentina-Syria ini muncul antara pemain paling menyerlah di atas padang ketika membantu Velez menewaskan Estudientes dengan keputusan 2-0.
Velez ketika ini mendahului carta saingan liga selepas 18 perlawanan dengan 38 mata, 4 mata dipisahkan dengan pesaing terdekat iaitu Huracan.
Jalil dijangka terus menjadi sandaran Ketua Jurulatih, Gustavo Quinteros ketika berkunjung ke tempat lawan menentang Argentinos Jrs pada 2 November ini.