Ads
Jalil Elias Tinggalkan JDT, Kembali Ke Argentina
Transfer
Vélez Sarsfield

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias telah meninggalkan pasukan dan kembali ke Argentina.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada awal musim 2024/25 namun hanya beraksi satu perlawanan di Malaysia.

Advertisements

Bekas pemain tengah San Lorenzo itu tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan selepas turun selama 69 minit ketika berdepan Negeri Sembilan FC.

Advertisements
Advertisements

Menerusi satu pengumuman oleh kelab Argentina, Velez FC, Jalil Elias telah pun diumumkan sebagai tonggak baharu Club Atlético Vélez Sarsfield.

Pemain tengah Syria itu akhirnya kembali ke Argentina namun menyertai kelab berbeza musim ini.

Advertisements

Jalil Elias menjadi pilihan ketiga di JDT selepas Hong Wan dan Natxo Insa kekal memperagakan aksi konsisten sebagai pemain tengah bertahan Harimau Selatan.

Advertisements

“Pemain tengah itu menyertai kelab itu secara pinjaman selama enam bulan (sehingga 31/12/2024), dengan bayaran dan pilihan untuk membeli, daripada Johor Darul Takzim dari Liga Super Malaysia,” ujar kenyataan Velez.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram