Berita mengenai perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias kembali menjadi bualan hangat peminat tempatan.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun ini daripada kelab Argentina, San Lorenzo.
Beliau bagaimanapun berdepan saingan sengit untuk mengekalkan posisinya dalam 4 perlawanan pembukaan musim 2024/25 tatkala JDT memiliki banyak pilihan untuk mengemudi jentera tengah.
Sebelum aksi menentang Sri Pahang, Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberitahu bahawa keputusan untuk tidak menyenaraikan Jalil Elias hanyalah berdasarkan penilaian yang dibuat dari satu perlawanan ke perlawanan berikutnya.
“Jalil Elias pemain yang bagus tetapi kami memiliki pemain dan skuad yang baik. Jadi ini merupakan hanya satu keputusan yang dibuat pada perlawanan ini,” ujarnya kepada Astro Arena.
Beliau tidak tersenarai dalam skuad JDT bagi tiga aksi terakhir iaitu ketika menentang KL City, Kelantan DN dan juga Sri Pahang.
Hal ini susulan laporan daripada media Argentina yang menyebut bahawa bekas tonggak penting San Lorenzo itu dikaitkan dengan kepulangan ke kelab tersebut.
Laman Debate San Lorenzo memberitahu bahawa kelab tersebut tentang menghubungi tonggak tengah Syria itu untuk melihat kemungkinan pulang beraksi bersama kelab tersebut.
Komen pengendali kelahiran Argentina itu sudah pasti melegakan para peminat JDT untuk melihat tonggak tersebut menyinar di Malaysia.