Jalil Elias Ketuai Skuad Syria Lawan Malaysia
Asia
Igna Sarraf/Jalil Elias
Advertisements

Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias menjadi pilihan pasukan kebangsaan Syria apabila tersenarai dalam skuad bagi aksi berdepan Malaysia.

Pasukan bimbingan Hector Cuper bakal mengharungi dua aksi persahabatan berdepan Kyrgyzstan dan juga Harimau Malaya sebagai persediaan untuk ke Piala Asia 2023.

Syria yang menghuni tangga ke-91 dunia membuat beberapa keputusan mengejutkan untuk menggugurkan beberapa nama besar dalam skuad kali ini dengan pemain seperti Mahmoud Al-Mawas, Omar Al-Samah dan Ahmed Askhkar tiada dalam senarai kali ini.

Advertisements

Antara watak yang menjadi perhatian apabila bekas pemain San Lorenzo itu bakal memperoleh debutnya bersama skuad Syria.

Pemain berdarah Argentina-Syria ini mendapat perhatian Cuper untuk membentuk bahagian tengah yang lebih mantap susulan dibelasah 0-5 oleh Jepun.

Advertisements

Pengendali berusia 68 tahun itu juga memanggil 7 muka baharu dengan nama seperti Antonio Yakoub, Pablo Sabbag, Malek Janeer, Aih Ousou dan lain-lain diberi peluang kali ini.

Persembahan konsisten Jalil di Liga Primera Argentina pada musim 2023 telah membantu pasukan untuk beraksi cukup cemerlang selain beliau mencetak 3 goo musim ini.

Advertisements

Syria akan terlebih dahulu menguji Kyrgyzstan pada 5 Januari 2024 sebelum berdepan anak buah Kim Pan-gon pada 8 Januari 2024.

Harimau Malaya kini berada dalam momentum terbaik selepas melonjak ke kedudukan 130 dunia berbanding 137 dunia sebelum ini selepas meraih tambahan +261. mata FIFA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram