‘Saham’ Jalil Elias Mencanak Naik, Kini Cecah RM15.3 Juta
Liga Super
Jalil Elias
Advertisements

Pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias mencuri tumpuan apabila nilai pasarannya naik mendadak selepas menyelesaikan perpindahannya ke Malaysia.

Bintang kelahiran Argentina-Syria itu membuat haluan baharu untuk meninggalkan kelab Liga Primera Argentina, San Lorenzo untuk menyertai jaguh selatan tanah air bagi musim 24/25.

Beliau difahamkan bakal mengisi posisi pemain tengah bertahan selain memiliki kebolehan untuk beraksi pada beberapa posisi di bahagian tengah.

Advertisements

Perpindahan pemain berusia 27 tahun ini bakal memantapkan lagi persiapan pasukan bimbingan Tano Solari yang bakal beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Menerusi kemas kini laman Transfermarkt, nilai pasaran Jalil Elias kini meningkat lebih tinggi berbanding pada pertengahan tahun ini.

Advertisements

Sebelum ini, nilai arkitek berbisa ini dianggarkan pada 2.75Juta Euro (RM14.3 Juta) namun kini telah meningkat kepada 3Juta Euro (RM15.3 Juta).

Kehadiran beliau menyaksikan JDT bakal melepaskan beberapa pemain import dengan penyerang sensasi pasukan, Diogo Luis Santo telah mengumumkan persaraan pada usia 36 tahun.

Advertisements

Pemain berketinggian 1.75 meter ini sudah beraksi hampir 50 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini dan meledak dua jaringan.

Beliau juga difahamkan bakal beraksi buat pasukan kebangsaan Syria dan dijadualkan bertemu Malaysia pada 8 Januari 2024 di Qatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram