Jalil Elias Dipanggil Syria, Bakal Beraksi Lawan Malaysia?
Asia
Jalil Elias
Advertisements

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias difahamkan bakal didaftarkan selaku pemain import dalam kuota Asia oleh JDT bagi musim baharu dengan ura-ura bahawa beliau bakal beraksi buat pasukan kebangsaan Syria.

Pemain berusia 27 tahun itu dibawa masuk oleh Harimau Selatan daripada Liga Premiera Argentina setelah melengkapkan perpindahan dari San Lorenzo ke JDT.

Beliau bagaimanapun difahamkan bakal memperkuat pasukan kebangsaan Syria sekaligus berpotensi untuk beraksi menentang Malaysia.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh laman Onefootball.my yang memberitahu bahawa artikek JDT ini bakal dipanggil oleh ketua jurulatih Syria, Hector Cuper bagi memperkuat pasukan di Piala Asia 2023.

“Jalil Elias akan didaftarkan sebagai pemain import kuota asia iaitu Syria.”

“Beliau juga bakal dipanggil oleh Hector Cuper untuk memperkuatkan pasukan Syria di Piala Asia buat kali pertama kali setelah menandatangani kontrak bersama JDT.”

Advertisements

Perkara ini juga sudah pun dikongsikan oleh laman Argentina, TYC Sports yang memaklumkan bahawa Jalil Elias menarik minat Cuper untuk dibawa ke Piala Asia.

Sungguhpun rekod pengendali kelahiran Argentina ini tidak begitu memberangsangkan, beliau tetap diberi kepercayaan untuk membawa pasukan ke Piala Asia.

“Walaupun keberkesanannya diragui selepas lapan perlawanan, menang tiga, seri satu dan kalah empat, beliau perlu menghadapi Piala Asia dalam masa kurang sebulan. Untuk cabaran tersebut, Cuper memanggil bekas pemain San Lorenzo untuk menyertai skuad itu,” lapor TYC Sports dalam satu kenyataan.

Advertisements

Pasukan kebangsaan Syria bagaimanapun masih belum mengumumkan senarai pemain yang bakal membawa cabaran pasukan ke pentas berprestij Asia tersebut.

Malaysia pula sudah mengatur satu aksi persahabatan berdepan Syria di Qatar pada 8 Januari 2024.

Syria bakal menghadapi tentangan Australia, Uzbekistan dan juga India di Piala Asia bermula 14 Januari 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram