Menjelang kejohanan utama Piala Asia di Qatar Januari tahun hadapan, Malaysia dan Indonesia dijangka berdepan laluan getir untuk mara ke pusingan seterusnya.
Malaysia yang berada di dalam Kumpulan E akan berdepan tiga lagi pasukan besar Asia iaitu Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.
Manakala buat Indonesia, mereka diundi untuk bersama-sama Jepun, Iraq dan Vietnam di dalam Kumpulan D.
Dalam satu simulasi yang dicipta oleh Pakar Simulasi Belanda, Dan Jager, Malaysia dan Indonesia dijangka akan mengakhiri saingan Piala Asia di tangga terakhir kumpulan masing-masing.
Simulasi tersebut turut meramalkan Korea Selatan dan Jordan adalah dua pasukan dari Kumpulan E akan mara ke pusingan kalah mati.
Manakala Jepun dan Iraq yang berada satu kumpulan dengan Indonesia akan mara ke pusingan kalah mati dengan menyaksikan Vietnam turut tersingkir dari Piala Asia seawal peringkat kumpulan.
Negara asia tenggara lain yang turut diramalkan tersingkir seawal peringkat kumpulan adalah Thailand yang berada di dalam kumpulan F bersama-sama Arab Saudi, Oman dan Kyrgyzstan.
Empat negara iaitu Jepun, Iran, Korea Selatan dan Australia menjadi pilihan utama di dalam simulasi tersebut untuk memenangi kejuaraan Piala Asia.
Namun apa yang dicipta oleh Dan Jager itu hanyalah satu simulasi dan masih belum berlaku. Di dalam bola sepak tiada apa yang mustahil mampu dicipta oleh Malaysia dan Indonesia di Piala Asia nanti.