Kelibat perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias masih ada bersama pasukan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam persiapan rapi sebelum berdepan aksi ke-7 Liga Super menentang PDRM di Stadium Selayang.
Persiapan pasukan kini dalam momentum terbaik susulan kemenangan besar 4-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim.
Tinjauan terhadap sesi latihan terkini JDT menerusi hantaran Johor Southern Tigers menyaksikan perancang tengah, Jalil Elias masih bersama pasukan.
Kehadiran pemain baharu Harimau Selatan, Enzo Lombardo mencetuskan tanda tanya terhadap masa depan pemain tengah Syria itu dalam pasukan.
Hal ini susulan jersi nombor 7 telah diberikan kepada pemain kelahiran Perancis itu bagi musim 2024/25.
Beliau bagaimanapun tidak kelihatan berada dalam skuad yang berkunjung ke Stadium Selayang bagi pertemuan menentang PDRM pada 31 Julai 2024.
JDT ketika ini telah mengumumkan ketibaan tiga pemain baharu iaitu Park Jun-heong, Enzo Lombardo dan juga Christian Abad Amat.