Pemain kelahiran Perancis, Enzo Lombardo secara rasminya menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tonggak berusia 27 tahun itu diumumkan sebaga pemain baharu dalam satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers.
Beliau merupakan pemain berpengalaman di Sepanyol apabila beraksi bersama beberapa kelab terkemuka di sana.
Kelab terakhir beliau ialah SD Huesca di La Liga 2 selain pernah membarisi skuad utama RCD Mallorca dan juga Racing Santander.
Pemain kelahiran Décines-Charpieu boleh beraksi pada beberapa posisi serangan seperti pemain sayap dan juga penyerang utama.
Enzo Lombardo kini memiliki nilai pasaran sekitar 400,000 USD (RM1.86 Juta) dan bakal menjadi antara pemain termahal JDT.
Beliau menjadi pemain ke-2 ditandatangani oleh JDT selepas xxxx Park Jun-heong dari kelab Liga Thailand.