Pertahanan baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Park Jun-heong berterima kasih kepada Tunku Ismail kerana merealisasikan impiannya.
Pemain berusia 31 tahun menyertai skuad Harimau Selatan sebagai pertahanan baru pasukan bagi musim 2024/25.
Beliau secara jelas mengungkapkan rasa teruja dan berbesar hati apabila dapat menyertai salah satu pasukan terbaik di Asia.
Park turut merakamkan penghargaan kepada Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor kerana merealisasikan hasratnya.
“Ia adalah saat impian saya menjadi kenyataan
Ia satu penghormatan untuk bekerja dengan bos kami
Tunku Ismail.
“Terima kasih banyak-banyak. Saya akan tunjukkan yang terbaik kepada peminat.
Bekas pemain Ratchaburi FC di Thailand ini juga mengakui sangat gembira untuk bertemu dengan penyokong pasukan JDT dan meminta sokongan daripada semua.
“Terima kasih dan saya sangat senang berjumpa dengan anda. Mohon kerjasama anda,” ujar Park Jun-heong dalam satu kenyataan.
Kehadiran tonggak pertahanan kelahiran Korea Selatan ini bakal menyaksikan terdapat pemain import yang bakal melangkah keluar pada jendela perpindahan kedua kelak.