“Perkara Besar Akan Berlaku” – Tunku Ismail
Liga Super
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan sesuatu perkara yang besar akan terjadi.

Skuad Harimau Selatan ketika ini berada di Alicente, Sepanyol bagi menjalani aksi pra-musim di sana sejak 14 April yang lalu.

JDT juga mempamerkan prestasi yang amat memberangsangkan selepas menundukkan dua lawan iaitu Real Murcia dan juga La Nucia masing-masing dengan keputusan 3-0 dan 3-1.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Tunku Ismail, baginda memberi bayangan bahawa akan ada perkara besar yang bakal terjadi ketika memuat naik satu hantaran semasa menonton aksi El-Clasico antara Real Madrid menentang Barcelona.

Sebelum ini, baginda juga ada memuat naik satu hantaran yang memberi bayangan mengenai usaha yang sedang dilakukan buat kelab JDT sambil menyarung jersi yang berlogo Real Madrid.

Soon. Why go for average,” ujar DYAM Tunku Ismail dalam satu hantaran di laman Instagram.

Advertisements

Sebelum ini, JDT pernah menjalinkan kerjasama dengan kelab La Liga, Valencia CF dalam pembangunan Akademi Bola Sepak JDT apabila kelab dari Sepanyol itu membantu bagi menyediakan kepakaran dalam bidang kejurulatihan.

JDT kini masih memiliki baki 5 perlawanan di Sepanyol dengan aksi berikutnya bakal menyaksikan juara bertahan Liga Super itu menentang kelab Divisyen 5, UD Castellonense pada 22 April 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram