Bekas pemain Real Madrid, James Rodriguez telah meninggalkan La Liga sekaligus dikaitkan ke Malaysia.
Tonggak berusia 33 tahun itu kembali ke kancah bola sepak tertinggi Eropah dari kelah Brazil, Sao Paulo hasil persembahan cemerlang di Copa America 2024.
Aksinya bersama Rayo Vellecano bagaimanapun hanya bertahan selama 5 bulan sebelum beliau menamatkan kontrak bersama kelah tersebut.
Menerusi laporan oleh wartawan terkemuka Eropah, Fabrizio Romano, tonggak Colombia itu sah tidak lagi kekal di Sepanyol dengan masa depannya masih belum diputuskan.
“Rasmi, James Rodriguez kini bergelar ejen bebas dan kontraknya ditamatkan bersama Rayo Vallecano,” ujarnya di laman X.
Spekulasi mengaitkannya kembali ke Asia setelah pernah berkelana di Qatar bersama Al-Rayyan FC pada tahun 2021.
James memiliki nilai pasaran mencecah 2.5 Juta Euro (RM11.6 Juta) dan merekodkan 29 jaringan dalam 112 penampilan bersama pasukan kebangsaan Colombia.
Destinasi baharunya masih menjadi tanda tanya sama ada kekal di Eropah atau kembali membawa haluan ke Asia tatkala masih tiada kenyataan rasmi daripada pemain itu sendiri.