David James Akui Terengganu Pasukan Istimewa Di Malaysia
Liga Super
Edited By FZ
Advertisements

Bekas penjaga gol pasukan kebangsaan England, David James mengakui Terengganu merupakan sebuah pasukan yang istimewa di Malaysia.

Beliau yang ditemui ketika sesi sidang media Battle of The Reds di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan mengenai persaingan sengit yang bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan.

Katanya, pertemuan lagenda Man United dan Liverpool ini bakal memberikan satu pengalaman baharu kepada penyokong di Malaysia.

Advertisements

Bekas penjaga gawang Liverpool ini turut menzahirkan rasa senang apabila dapat menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sekali lagi.

“Saya sangat suka untuk dapat kembali ke Kuala Lumpur, ke Malaysia. Satu tempat yang sangat saya senangi.”

James tanpa berselindung memberitahu bahawa dirinya amat menyukai sebuah pasukan dari Pantai Timur iaitu Terengganu FC.

Advertisements

“Saya ke sini tahun lalu dan menyaksikan aksi Terengganu menentang JDT (Final Piala Malaysia 2023).”

“Sejujurnya Terengganu merupakan pasukan kesukaan saya,” jelasnya ketika ditemui di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.

Aksi pertunjukan ‘Battle of the Reds’ akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 April 2024 pada jam 8.45 malam.

Advertisements

Beliau juga sebelum ini pernah memuji impak yang ditunjukkan oleh pemain muda negara, Arif Aiman Hanapi dan menganggap pemain licik itu sukar dikawal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram