Bintang EPL Puji Arif Aiman
Dunia
AzriHaziq/MakanBola
Advertisements

Bekas penjaga gawang Manchester City dan Liverpool, David Benjamin James (David James) memuji kehebatan pemain Johor darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Menurutnya, Arif Aiman memiliki kemahiran mengawal bola yang amat baik selain berada di posisi yang betul sepanjang perlawanan.

“Kemahiran tingginya (Arif Aiman) membolehkannya membuat gerakan sedemikian, apa yang boleh dilakukan oleh penjaga gol? Pertahanan yang cuba mengekang Arif Aiman itu sepatutnya lebih cepat bertindak menutup ruang pemain sayap tersebut tapi jaraknya membuatkannya terlajak berlari.

Advertisements

“Sebaik Arif Aiman di posisi itu maka dia hanya perlu merembat. Jarak satu meter di antara pertahanan itu dengannya sudah cukup untuk dimanfaatkan,” katanya dalam program Bola Itu Life, Astro Arena pada Sabtu lepas.

Dalam perlawanan akhir Piala FA 2022, Arif Aiman menjadi watak penting membantu JDT meraih kejuaraan Piala FA ke-2 selepas berjaya menewaskan Terengganu 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jaringan pembukaan Arif Aiman pada minit ke-34 dan 2 jaringan penalti Bergson 30 minit sebelum masa perlawanan tamat mengesahkan kejuaraan Piala FA Harimau Selatan musim ini.

Advertisements

David James sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab gergasi Eropah seperti Manchester City dan Liverpool dan mengakhirkan karier profesionalnya bersama kelab India, Kerala Blasters pada tahun 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram