“Jangan Ulangi Kesilapan Semasa Menentang Iraq” – Shin Tae-yong
Asia Tenggara
Timnas Indonesia
Advertisements

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mengharapkan barisan anak buahnya tampil lebih baik bila menentang Filipina esok.

Aksi pertama Kumpulan F membabitkan Tim Garuda dan Iraq menyaksikan pasukan itu tewas 5-1 di tangan tuan rumah.

Bukan itu saja, tiga daripada lima gol yang dijaringkan Singa Mesopotamia dalam perlawanan itu terhasil akibat kesilapan pemain Indonesia sendiri.

Advertisements

Justeru, jurulatih Korea Selatan itu mahu anak-anak buahnya tidak mengulangi kesilapan sama lebih-lebih lagi bila beraksi di padang tiruan Stadium Memorial Rizal.

“Pemain Timnas Indonesia jangan melakukan kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti saat bertemu Irak sebelumnya.

“Pemain harus paham dan mengerti apa yang mesti mereka lakukan sebelum menghadapi Filipina.

Advertisements

“Jadi, saya pun juga akan mempersiapkan pertandingan lebih baik. Kali ini, kami latihan pemulihan fisik dan beberapa taktikal,” katanya seperti dilaporkan Bola.com.

Seperti Indonesia, Filipina juga kempunan meraih kemenangan selepas ditewaskan Vietnam 2-0 pada minggu lepas.

Justeru, kedua-dua pasukan berharap dapat meraih kemenangan sulung dalam Kumpulan F esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram