Kelayakan Piala Dunia: Indonesia Tewas Besar Kepada Iraq
Asia
MakanBola
Iraq Xtra
Advertisements

Hasrat Indonesia untuk melakar kejutan dalam aksi sulung Kelayakan Piala Dunia 2026 tidak menjadi kenyataan selepas mereka tewas besar kepada Iraq dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Basra sebentar tadi.

Iraq berada di ranking ke-68 dunia memulakan perlawanan dengan serangan demi mencari gol awal. Namun benteng Indonesia yang diketuai Jordi Amat dilihat ampuh untuk mematahkan serangan dari Iraq.

Advertisements

Serangan terus dilancarkan Iraq dan mereka berjaya mendapatkan gol pertama perlawanan pada minit ke-20 melalui Bashar Rasan yang membuat rembatan leret dari dalam kotak penalti. Iraq di hadapan 1-0.

Serangan Iraq berterusan. Indonesia juga sekali sekala membuat larian pantas ke hadapan untuk melancarkan serangan balas.

Advertisements

Iraq akhirnya berjaya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 selepas Jordi Amat secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri.

Tersentak dengan gol tersebut, Indonesia menggandakan asakan dengan mereka turut membawa masuk pemain muda yang beraksi di Belanda, Rafael Struijk.

Advertisements

Ketika separuh masa pertama hampir ditamatkan, Indonesia akhirnya berjaya merapatakan kedudukan selepas Shayne Pattynama berjaya menyambar hantaran daripada Rafael Struijk. Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 2-1 memihak Iraq.

Bersambung babak kedua, Indonesia membawa masuk pemain Sabah FC, Saddil Ramdani dalam usaha mereka mendapatkan gol penyamaan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan serangan banyak tertumpu di bahagian sayap namun penguasaan lebih memihak Iraq.

Advertisements

Iraq akhirnya berjaya menambah jaringan pada minit ke-60 melalui pemain bintang mereka, Osama Rashid yang melepaskan rembatan leret jarak jauh sekali gus menewaskan Nadeo Argawinata buat kali ketiga.

Beberapa pertukaran dibuat oleh kedua-dua pasukan dengan Iraq melakukan kejutan mengeluarkan dua penjaring gol mereka iaitu Bashar Rasan dan Osama Rashid.

Advertisements

Pesta gol Iraq diteruskan dengan gol keempat mereka berjaya dicipta pada minit ke-81 melalui pemain gantian, Youssef Amyn yang menyambar hantaran pemain berusia 19 tahun, Amin Jasim.

Kedudukan 4-1 itu hanya kekal 7 minit sahaja apabila Ali Al-Hamadi berjaya menjaringkan gol kelima Iraq melalui satu percubaan mudah selepas berjaya memperdaya Nadeo di gawang Indonesia.

Advertisements

Kedudukan 5-1 itu kekal sehingga ke wisel penamat. Iraq kini mendahului Kumpulan F dengan tiga mata. Iraq akan bertemu Vietnam pada 21 November ini manakala Indonesia pula berdepan Filipina pada tarikh yang sama.

Advertisements

News Comments Account