Advertisements
“Janganlah Patahkan Kaki Dia”
Asia
MakanBola
FA Korea

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee mengimbas kembali perjalanan skuad muda Malaysia yang pernah menewaskan Korea Selatan dengan keputusan 2-1 pada aksi Sukan Asia di Palembang pada tahun 2018.

Detik yang bersejarah ketika itu menyaksikan skuad muda negara berjaya melakar kejutan selepas turun dengan status pasukan bukan pilihan pada perlawanan tersebut.

Beliau bagaimanapun berkongsi kisah manis ini menerusi beberapa percaturan penting yang menyaksikan kemenangan memihak kepada Malaysia.

Bercakap kepada Bola Itu Life, Kim Swee berkongsi detik bagaimana kemasukan pemain sayap EPL, Son Heung-min ketika itu sebagai pemain gantian mampu menyebabkan para pemain bertindak lebih agresif terhadapnya.

Namun begitu, segala perancangan berjalan rapi sekaligus menyaksikan Harimau Muda mampu melaksr kejutan.

“Kau janganlah patahkan kaki dia pula, tetapi jangan kasi dia (Son) peluang. Beritahu kepada pemain lain.”

Situasi ini susulan Korea Selatan sebelum itu telah menewaskan Bahrain dengan keputusan 7-0 sekaligus menyebabkan pemain negara lebih berwaspada.

“Mereka kalahkan Bahrain 7-0, sepatutnya mereka turun beraksi tetapi mereka hanya menjalankan sesi pemulihan. Itu menceritakan segalanya. Mereka sangat yakin berdepan kamu (Malaysia).”

“Mereka hanya menilai kamu sebesar kuman. Mereka tidak mencuba kerana merasakan bahawa mereka mampu menewaskan kamu dengan mudah,” jelasnya kepada Astro Arena.

Malaysia akan kembali bertemu Korea Selatan dalam satu aksi Piala Asia, Kumpulan E pada jam 7:30 malam ini dengan misi meraih tambahan +29.79 mata FIFA.