Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya memiliki satu lagi peluang terakhir untuk meraih mata maksimum FIFA sekaligus membantu pasukan melonjak 7 tangga untuk menembusi kelompok 120 dunia.
Skuad kendalian Kim Pan-gon menerima tamparan selepas tewas dua aksi pembukaan menentang Bahrain dan Jordan sekaligus menyebabkan skuad negara turun ke kedudukan 135 dunia.
Harimau Malaya bagaimanapun optimis untuk memberikan saingan terbaik kepada Taeguk Warriors sungguhpun perjalanan skuad negara telah berakhir.
Berdasarkan kiraan masa-nyata FIFA, skuad kebangsaan berpeluang untuk meraih tambahan +29.79 mata untuk melonjak sekurang-kurangnya 7 tangga FIFA.
Malaysia bakal meninggalkan kedudukan 135 dunia dan naik ke kedudukan 128 dunia sekaligus memasuki kelompok 120 terbaik dunia selepas 19 tahun dengan 1128 mata.
Kedudukan ini membolehkan Malaysia memintas negara seperti Niger (ke-129 dunia), Solomon Islands (ke-132 dunia ) dan Nicaragua (ke-134 dunia).
Skuad kebangsaan juga bakal mengukuhkan kedudukan selaku pasukan ke-3 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (ke-102 dunia) dan Vietnam (ke-105 dunia).
Aksi Malaysia dan Korea Selatan akan berlangsung pada 25 Januari 2024 jam 7:30 malam.