Bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo memiliki jasa besar kepada Kim Pan-gon.
Kedua-duanya berasal dari Korea Selatan dan berjaya menembusi arena kejurulatihan Asia Tenggara.
Pengendali berusia 67 tahun itu kini menjadi penasihat kepada kelab Divisyen Dua Vietnam, Bac Ninh FC sambil mencari destinasi terakhir dalam bidang kejurulatihan.
Beliau sebelum ini dikatakan berminat untuk mengemudi pasukan kebangsaan India namun negara tersebut telah melantik jurulatih lain.
Park dalam satu kenyataan oleh pengurusnya memberitahu bahawa keputusan untuk ke India adalah bagi membuka lembaran baharu buat jurulatih Korea Selatan.
Park juga lebih terbuka untuk ke India berbanding Kemboja kerana beliau akan membuka jalan lain untuk penggantinya di Korea Selatan, sama seperti yang dilakukannya di Asia Tenggara.
Hal ini telah dilakukannya bersama pasukan Vietnam dan hasilnya, pelbagai kejayaan telah dikecapinya sepanjang 5 tahun bersama Bintang Emas.
Situasi ini membolehkan beberapa nama pengendali Korea Selatan melebarkan sayap ke Asia Tenggara seperti Shin Tae-yong (Indonesia) dan juga bekas jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon ke Malaysia.
Kejayaan Park di Vietnam membuka pintu kepada lebih ramai jurulatih Korea Selatan di Asia Tenggara. Indonesia berada di tahun kelima kejayaan bersama jurulatih Shin Tae-yong.
Pan-gon kini telah pulang ke Korea Selatan bagi melatih Ulsan HD manakala Park Hang-seo masih mencari tugasan baharu.