Bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo mencari destinasi terakhirnya sebelum bersara.
Menerusi laporan dari media Korea iaitu News1, jurulatih berusia 68 tahun itu dikatakan mencari tugasan terakhir sebagai jurulatih skuad kebangsaan sebelum bersara.
Perkara ini dimaklumkan oleh pengurusnya bahawa beliau mahu mencuba suatu tugasan baharu di samping melihat projek yang ditawarkan oleh mana-mana pasukan kebangsaan.
Park tidak pernah melatih pasukan lain sejak dia meninggalkan pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam pada Januari 2023.
Beliau telah dikaitkan dengan jawatan India, negara Asia Tenggara, kelab Vietnam dan juga sebagai pengurus sementara Korea Selatan.
Walau bagaimanapun, beliau kini hanyalah menjadi penasihat untuk Bac Ninh FC di divisyen kedua bola sepak Vietnam.
Park juga hakikatnya lebih terbuka untuk ke India berbanding Kemboja kerana beliau akan membuka jalan lain untuk penggantinya di Korea Selatan, sama seperti yang dilakukannya di Asia Tenggara.
Sementara itu, bola sepak Kemboja mempunyai perkembangan yang lebih perlahan berbanding negara lain di rantau ini. Oleh itu, membangunkan senario bola sepak di sini juga merupakan kerja yang bermakna untuk Park.
India bagaimanapun telah melantik Manolo Marquez sebagai pengendali baharu pasukan.
Kejayaan Park di Vietnam membuka pintu kepada lebih ramai jurulatih Korea Selatan di Asia Tenggara. Indonesia berada di tahun kelima kejayaan bersama jurulatih Shin Tae-yong.
Jurulatih Kim Pan-gon juga mencatat kejayaan di Malaysia bermula 2022 hingga 2024, sebelum kembali ke Korea Selatan untuk menguruskan Ulsan Hyundai.