Javier Ribera Mahu Bawa Malaysia B-16 Ke Piala Asia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera mahu membawa pasukan itu layak ke Piala Asia B-17 2025.

Hasrat itu dinyatakan beliau dalam sidang media menjelang saingan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia B-17 2025 yang bermula pada 23 Oktober ini.

Ad

Saingan Kumpulan H menyaksikan penyertaan tiga pasukan iaitu Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tuan rumah, Laos.

Ad

Sementara satu lagi pasukan Asia Barat, Lubnan terpaksa menarik diri susulan tindakan Israel menceroboh negara itu sejak September lalu.

Meskipun perebutan slot kelayakan automatik ke Piala Asia B-17 2025 kini berkisar kepada tiga pasukan, itu langsung tidak menggugat fokus skuad negara.

Ad

Ini kerana pada akhirnya, sasaran mereka ialah layak secara merit ke kejohanan berprestij itu sama ada sebagai juara kumpulan atau slot naib juara terbaik.

Ad

“Pertama sekali, kita datang ke sini untuk bersaing (dengan dua pasukan lain, UAE dan Laos) dalam dua perlawanan. Walaupun Lubnan tidak menyertai (saingan kelayakan), matlamat kita ialah layak ke Piala Asia B-17 2025,” katanya.

Ad

Sebagai persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025, skuad negara turut mengadakan beberapa aksi persahabatan sebelum bertolak ke Laos. Ini termasuk dua aksi persahabatan menentang pasukan Asia Tengah, Tajikistan.

Ribera percaya dengan persiapan yang telah diatur, ini akan membantu anak buahnya lebih bersedia dengan saingan di peringkat Asia.

“Kita sudah bekerja membentuk pasukan sejak lima bulan lalu, sejak AFF (Kejohanan ASEAN B-16 2024). Dan kita terus mengorak langkah selepas AFF. Selepas itu, kita telah membuat beberapa panggilan skuad (kebangsaan).

“Dan sejak tiga minggu lalu, kita sudah lakukan persiapan di Malaysia. Kita juga sudah mengharungi beberapa aksi persahabatan tertutup. Itu cara (persiapan) kita ke sini dan saya fikir kita sudah bersedia (aksi pusingan kelayakan) di Asia,” ujarnya.

Malaysia bakal membuka kempen Kumpulan H dengan menentang UAE di Vientiane pada 23 Oktober ini.