Javier Ribera Sedia Ambil Pemain Warisan Bantu Malaysia Di Kelayakan Piala Asia B-17
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali skuad Malaysia B-17, Javier Jorda Ribera memberi bayangan sedia mempertimbangkan pemain warisan di Kelayakan Piala Asia.

Jurulatih muda itu baru sahaja dilantik untuk mengemudi skuad muda negara dan bakal menjalankan tugasan pertamanya dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 di Surakarta, Indonesia, 21 Jun hingga 4 Julai 2024.

Ad
Sponsors

Malaysia B-17 diundi dalam Kumpulan C bersama Thailand, Timor-Leste dan Australia sekaligus menyaksikan aksi ulangan antara Harimau Malaya dan Socceroos dua tahun lalu.

Ad

Kemajuan negara Asia Tenggara lain yang menggunakan khidmat pemain warisan telah membuka mata jurulatih Sepanyol ini yang sedia mempertimbangkan beberapa nama untuk membantu Harimau Malaya B-17.

Menerusi satu kenyataan kepada laman Frfuturetalents, Javier Ribera mengakui sedia melihat profil beberapa pemain dan mempertimbangkan keputusan untuk membawa pemain warisan muda ke dalam skuadnya.

Ad

Antara nama yang kini hangat diperkatakan ialah bintang muda FC Copenhagen, Sean Fetterlain (17), Kim Johan Tegnander (16), Aiden Rawlins (15) di Perth Glory Youth, Joshua Ang (17) di Amerika Syarikat dan juga Kaveen Waran (16) di Perth Glory Youth.

Ad

Malaysia B-17 juga memiliki kira-kira 9 prospek warisan berbakat sekitar US, Australia, Sweden, Norway dan Denmark.

Ad

Malaysia bakal mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 pada Oktober ini dengan Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah meluluskan usul untuk menambah bilangan kuota pasukan yang bertanding dalam kejohanan tersebut.

9 pasukan bakal membawa cabaran Asia untuk Piala Dunia B-17 2025-2029 yang diadakan di Qatar.

Undian bagi kumpulan Kelayakan Piala Asia B-17 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13 Jun 2024 dengan Malaysia berada dalam Balang 1 bersama Jepun, Korea, Uzbekistan, Iran, Thailand (tuan rumah), Tajikistan, India, China (tuan rumah).