“JDT Ada Pemilik Kelab Yang Sentiasa Mahu Kami Semakin Baik” – Natxo Insa
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancang tengah berpengalaman pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa memuji mentaliti yang dimiliki oleh Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

JDT berjaya merakamkan kemenangan berdepan wakil Singapura, Lion City Sailors dalam satu perlawanan di Stadium Bishan dengan keputusan 2-1.

Dua jaringan daripada pemain baharu iaitu Nicolao Dimitru dan juga Romel Morales sudah cukup untuk memastikan kemenangan memihak kepada anak didik Hector Bidoglio.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan kepada wartawan Singapura, Ash Hashim, beliau memberitahu bahawa jangkaan terhadap persembahan pasukan akan sentiasa meningkat.

Pemain berusia 37 tahun itu juga memuji tindakan Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa memiliki jalan untuk memotivasikan pemain.

Artikel Lain: JDT Tewaskan Lion City Sailors

Advertisements

“Kamu boleh lihat bahawa kami (JDT) memiliki seorang pemilik yang sangat kental. Baginda sentiasa mencari jalan untuk memotivasikan pemain.”

“Baginda sentiasa berusaha untuk memastikan pasukan bertambah baik berbanding tahun lalu. Kami sentiasa memiliki motivasi untuk terus bertambah baik,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Bishan.

Natxo juga bependapat bahawa Lion City Sailors merupakan pasukan yang semakin baik dan memberikan cabaran hebat kepada skuad Harimau Selatan sebagai persediaan yang baik menjelang sepak mula Liga Super musim 2024/25.

Advertisements

“Kami bekerja keras untuk musim baharu. Saya rasa kami bekerja lebih keras berbanding musim terdahulu. Setiap musim kami sentiasa mahu bertambah baik dan kini pasukan juga memiliki lebih ramai pilihan pemain yang beraksi lebiu baik.”

“Jangkaan terhadap pasukan juga semakin tinggi musim ini,” tambah Natxo.

Pertemuan menentang Lion City merupakan aksi ketiga selepas menentang dua wakil Thailand, Chonburi dan Police Tero.

Advertisements

Video: Temu bual Ash Hashim bersama Natxo Insa

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram