JDT Bakal Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Kecergasan Antarabangsa
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Seiring dengan kejayaan JDT di peringkat domestik dan antarabangsa, banyak organisasi dan syarikat mahu bekerjasama dengan pasukan tersebut. Terbaru, Harimau Selatan mengumumkan bakal mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa.

Pengumuman tersebut dibuat di laman media sosial rasmi JDT hari ini. Buat masa ini, perbincangan antara kedua-dua pihak amat memberangsangkan dan kini berada di fasa akhir.

Ad

Sekiranya perjanjian ini dapat dimuktamadkan, perjanjian mega antara JDT dengan syarikat tersebut bakal diumumkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Harimau Selatan bukan satu-satunya pasukan yang akan mendapat manfaat daripada perjanjian ini. Malah, skuad Harimau Malaya juga dijangka mendapat manfaat sama.

Ad

Ini selepas DYAM TMJ, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menitahkan kepada pasukan itu agar sebahagian peralatan kecergasan turut diperuntukkan kepada pasukan kebangsaan yang dibimbing Kim Pan-gon.

Ad

Ia sudah pasti satu berita baik kepada pasukan kebangsaan. Ini selepas TMJ turut menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai stadium sementara Harimau Malaya susulan proses penyelenggaraan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan bermula pada Mac ini.

Ad