TMJ Tawarkan Stadium Sultan Ibrahim Untuk Kegunaan Harimau Malaya
Dunia
Syafiq Freman
Advertisements

Menerusi satu hantaran Twitter oleh Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ), Baginda menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan oleh skuad kebangsaan.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang kini dipenuhi dengan jadual pelbagai acara selain bola sepak akan ditutup sepenuhnya bermula bulan Mac untuk memberi laluan penukaran rumput baru jenis Zeon Zoysia.

Menerusi satu sesi perjumpaan di Padang Latihan Wisma FAM, TMJ bertemu dengan Presiden FAM dan para pemain Harimau Malaya semasa sesi latihan.

Advertisements

“Setelah berbincang dengan Menteri KBS Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ yg akan bermula Mac ini, saya telah berjumpa dgn Presiden FAM untuk berkongsi ‘update’ & menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap.”

Selain untuk kegunaan mana-mana perlawanan, Stadium Sultan Ibrahim juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sekitar Bandaraya Johor Bahru seperti pusat latihan, pusat perubatan dan penginapan para pemain.

Stadium Sultan Ibrahim merupakan sebuah stadium spesifik bola sepak yang mampu memuatkan 40,000 penyokong selain dilengkapi kemudahan lengkap untuk penyokong, pegawai media dan lain-lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram