Ranking FIFA: Peluang Malaysia Tambah Mata +3.3 Mata Jika Belasah Bangladesh
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berpeluang untuk melakar kemenangan serta tambahan mata penting FIFA bertemu Bangladesh, petang Jumaat.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe giat menjalani persiapan di Jakarta, selepas tiba di sana kira-kira dua hari yang lalu.

Skuad negara yang bakal membuka tirai saingan menentang Bangladesh yang menduduki ranking ke-181 dunia itu kini diperkuat dengan kehadiran tiga tonggak baharu, Bergson da Silva, Manuel Hidalgo dan jug pemain warisan, Brad Tapp.

Harimau Malaya berpeluang untuk meraih tambahan mata FIFA sekitar +3.30 mata – membawa kepada jumlah keseluruhan menjadi 1090.35 untuk kelal di tangga ke-136 dunia.

Namun begitu, Malaysia masih boleh meraih tambahan +1.70 mata yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1088.75 sekiranya diikat anak buah Thomas Dooley.

Kekalahan di tangan Bangladesh bukan sahaja menyebabkan Harimau Malaya terlepas 3 mata, namun bakal kehilangan jumlah mata besar mencecah -6.7 mata untuk mengumpul 1080.35 mata sahaja dan berisiko jatuh empat anak tangga.

Aksi antara Bangladesh menentang Malaysia dijadual pada 25 September 2026 jam 5.00 petang waktu Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.