JDT Bayar Satu Mata Dengan Harga Mahal
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa membayar satu mata dengan harga mahal pada aksi pembukaan di Asia.

Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan keputusan seri 2-2 menentang wakil China, Shanghai Port di gelanggang lawan.

Ad

Dua jaringan daripada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi memastikan skuad Harimau Selatan membawa pulang satu mata pada aksi pertama ACLE.

Ad

Kejayaan tersebut bagaimanapun terpaksa ditelan dengan hakikat perit selepas beberapa pemain dilihat meninggalkan padang dengan mengalami kecederaan.

Penyerang baharu JDT, Jorge Obregon terpaksa diusung pada babak kedua selepas mengalami kecederaan dan memberi ruang kepada rakan sepasukan, Bergson untuk beraksi.

Ad

Ujian kedua dihadapi oleh Harimau Selatan apabila pertahanan Korea Selatan, Park Jun-heong juga digantikan dengan Feroz Baharudin akibat kecederaan.

Ad

Kapten pasukan JDT, Natxo Insa dikesan memegang dadanya selepas hampir 75 minit beraksi sebelum Hong Wan masuk untuk menggantikan peranannya.

Ad

Sebelum ini, JDT telah pun kehilangan khidmat Jordi Amat juga akibat kecederaan namun pemain itu sudah berada di bangku simpanan semalam.

Skuad Harimau Selatan akan melayan kunjungan satu lagi kelab China, Shanghai Shenhua pada 1 Oktober di Stadium Sultan Ibrahim sebelum dua jaguh Korea Selatan menanti.