Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang mencipta rekod baru dunia apabila berdepan Kuching City FC untuk perlawanan Piala Sumbangsih musim 2026/27.
Ini kerana perlawanan tersebut membuka ruang buat Harimau Selatan mencipta rekod baharu untuk rekod tanpa kalah perlawanan dalam liga.
Semakan semasa menyaksikan JDT kini terikat dengan ASEC Mimosas dengan statistik 108 perlawanan tanpa kalah. Rekod itu dicapai dengan membelasah Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) 14-1 pada 10 Mei lalu.
Sekiranya berjaya menewaskan The Cats dalam aksi Piala Sumbangsih, ini bukan saja akan memanjangkan lagi dominasi anak buah Xisco Munoz.
Malah, ini juga akan menjadikan JDT pemegang tunggal rekod dunia bagi jumlah perlawanan liga tanpa kalah terbanyak dalam sejarah bola sepak.
Potensi rekod baru ini juga dilihat sebagai amaran kepada mana-mana pencabar JDT termasuk saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Shopee Cup.
Ini kerana rekod tersebut dilihat sebagai bukti kesungguhan Harimau Selatan memburu kecemerlangan di atas padang tanpa mengira mana-mana pertandingan.