Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat menunjukkan prestasi baik dalam beberapa aksi pramusim.
Ini kerana pasukan yang dibimbing Joao Almeida itu masih belum tewas dalam tiga perlawanan pramusim setakat ini.
JDT telah menewaskan skuad futsal SUKMA Johor 8-1, Boziqbu FT (10-4) dan skuad futsal Negeri Sembilan (8-0).
Perkembangan ini menunjukkan Harimau Selatan semakin pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih berusia 39 tahun itu.
Selain itu, tiga pemain baharu JDT juga dilihat menyesuaikan diri selepas menyertai pasukan itu baru-baru ini.
Untuk rekod, JDT merekrut dua bekas pemain Pahang Rangers, Zainulzahin Sinuan dan Norakmal Norizal serta pemain futsal Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Ammar Harith Mohamed.