Advertising
JDT Mohon Selangor Pertimbang Keputusan Tarik Diri
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meminta agar Selangor mempertimbang semula keputusan yang dibuat berkenaan penarikan diri daripada aksi Piala Sumbangsih Jumaat ini.

Menerusi satu hantaran pada tengah malam Rabu, JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alistair Edwards mengulang pendirian sama mengenai insiden hitam yang menimpa beberapa pemain kebangsaan termasuklah pemain sayap utama Selangor, Faisal Halim baru-baru ini.

Beliau turut meminta agar keputusan ini dapat dipertimbang semula oleh pasukan The Red Giants memandangkan aspek keselamatan kedua-dua pasukan bakal diberi perhatian penuh oleh pihak berkuasa.

Ad

“Kami sememangnya mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC tetapi kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan in kerana ianya boleh menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun mendapat jaminan daripada Polis DiRaja Malaysia,” ujar JDT dalam kenyataan kelab.

Ad

Kenyataan ini dikeluarkan susulan keputusan yang dibuat oleh pihak Selangor pada Rabu untuk tidak hadir ke Johor bagi aksi Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada Jumaat ini demi keselamatan pasukan yang diancam jenayah termasuklah insiden yang menimpa Faisal Halim.

Ad
Ad

“Setelah penelitian dijalankan dan perbicangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke Perlawanan Piala Sumbangsh 2024 yang telah lama kelab ini nantikan,” umum Selangor dalam satu kenyataan.

Ad

Oleh disebabkan itu, JDT berkemungkinan besar bakal dianugerahkan kemenangan percuma dengan keputusan 3-0 dan Piala Sumbangsih ini akan kekal di bumi Johor sekiranya disahkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL).