Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Paris Saint Germain (PSG) terus melebarkan rekod selaku antara pasukan terbaik dunia.
Skuad kendalian Hector Bidoglio mengekalkan rekod cemerlang yang dimulakan sejak awal musim apabila masih belum tewas mana-mana perlawanan liga.
Harimau Selatan merakamkan 16 kemenangan dan satu keputusan seri dalam 17 aksi Liga Super untuk berada pada kedudukan teratas liga.
Rekod sama berjaya dilakar oleh jaguh Perancis iaitu PSG apabila kekal cemerlang dalam saingan Ligue 1.
Anak didik Luis Enrique kini mengharungi 17 aksi tanpa tewas untuk mengemudi carta liga musim 2024/25.
Antara pasukan lain yang turut cemerlang dengan rekod tanpa tewas dalam saingan liga di dunia termasuklah Red Star Belgrade (Serbia), Ludogorets (Bulgaria), Galatasaray (Turki) termasuklah St Joseph dan Shan United.
Misi besar terus dibawa oleh wakil tunggal Malaysia ini bagi saingan AFC Champions League Elite (ACLE) apabila bakal menentang Central Coast pada bulan Februari ini.