Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjaringkan 28 jaringan dengan 5 penjaring beraksi sebagai pertahanan.
Data yang direkodkan oleh laman Johor Southern Tigers apabila setiap pemain yang beraksi mampu menjaringkan gol.
Penjaring terbanyak skuad Harimau Selatan ketika ini diketuai oleh Heberty Fernandes dengan 6 jaringan disusuli oleh Romel Morales dengan 4 jaringan.
4 orang pemain pula mengumpul 3 jaringan setakat ini iaitu Fernando Forestieri, Chico Geraldes, Bergson dan juga Juan Muniz.
Walau bagaimanapun, 5 orang pertahanan JDT berjaya mempamerkan ketajaman di hadapan gawang apabila masing-masing mencatatkan satu jaringan.
Pemain yang dimaksudkan ialah Syahmi Safari, Shahrul Saad, Corbin-Ong, Feroz Baharudin dan juga kapten pasukan, Jordi Amat.
Arif Aiman turut merakamkan satu jaringan pada musim ini selepas dibelenggu kecederaan pada awal musim.
Kemenangan terbesar pasukan Selatan tanah air itu adalah ketika menentang Malaysian University dengan keputusan 8-0 di laman sendiri tempoh hari.
JDT bakal terbang ke Sabah bagi aksi ke-5 Liga Super pada 13 Julai 2024 pada 8:15 malam.