Bekas pemenang Kejohanan Futsal UEFA 2016, Andres Alcantara Prieto menjadi rekrut baharu skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perpindahan pemain berusia 34 tahun itu diumumkan pengurusan JDT menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.
“Pasukan JDT Futsal telah menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol, Andrès Alcàntara Prieto bagi menghadapi musim Liga Premier Futsal Kebangsaan 2026.
“Pemain berusia 34 tahun itu dibawa masuk dari pasukan Nagoya Ocean, juara Liga Futsal Divisyen 1 Jepun,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Prieto menjadi tonggak terbaru JDT bagi mengharungi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim ini.
Sebelum ini, juara MPFL musim 2024 itu merekrut dua bekas tonggak Pahang Rangers, Zainulzahin Sinuan dan Norakmal Norizal.
JDT yang kini dibimbing bekas jurulatih Bahrain, Joao Almeida turut mendapatkan penjaga gol skuad futsal Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Ammar Harith Mohammad.