JDT Sambar Bintang La Liga, Iker Undabarrena
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyambar khidmat bintang La Liga, Iker Undabarrena.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi tonggak kelima yang disambar oleh skuad Harimau Selatan bagi jendela perpindahan kedua musim 2024/25.

Ad

Perancang tengah kelahiran Sepanyol itu beraksi di La Liga sejak tahun 2022 bersama CD Leganes telah diumumkan sebagai tonggak baharu JDT.

Ad

Menerusi pengumuman oleh Johor Southern Tigers, Iker Undabarrena Martinez yang juga merupakan tonggak B-17 Sepanyol bakal membantu skuad kendalian Hector Bidoglio.

Beliau juga telah membantu CD Leganes untuk muncul juara La Liga2 bagi musim 2023/24 sekaligus layak beraksi di La Liga musim ini.

Ad

Berdasarkan statistik oleh laman Transfermarkt, Iker telah beraksi hampir 170 perlawanan di La Liga2, menjaringkan satu gol dan 7 bantuan gol.

Ad

Kehadirannya bakal memberi saingan sengit kepada beberapa tonggak import bahagian tengah seperti Juan Muniz, Heberty dan pemain tempatan seperti Afiq Fazail dan juga Hong Wan.