JDT Sedia Lepaskan Pemain Lebih Awal Ke Kem Latihan Harimau Malaya
Harimau Malaya
JST/FA Malaysia
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melepaskan para pemainnya ke kem kebangsaan lebih awal.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Alistair Edwards di media sosial rasmi pasukan bahawa JDT bakal mengikuti dengan melepaskan para pemain ke kem kebangsaan tujuh hari sebelum hari perlawanan.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan mengikuti praktis global berhubung panggilan untuk skuad kebangsaan dengan pengecualian melepaskan pemain tujuh hari sebelum perlawanan, sekali gus membolehkan pasukan kebangsaan memanggil pemain masing-masing beberapa hari sebelum perlawanan mengikut Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA,” umum JDT di media sosial.

Advertisements

Tambahnya lagi, menurut peraturan, kelab perlu melepaskan pemain ketika tempoh jendela FIFA iaitu bermula 18 Mac, namun JDT sedia melepaskan pemain lebih awal iaitu 15 Mac memandangkan Malaysia dijadualkan bertemu Oman pada 22 Mac.

“Kebanyakan skuad kebangsaan di seluruh dunia hanya memanggil pemain mereka semasa jendela perlawanan yang disediakan oleh FIFA, tetapi JDT telah bersetuju untuk menggunakan budi bicara kami dalam melepaskan pemain tujuh hari sebelum perlawanan pertama.”

“Sebagai contoh, jendela FIFA seterusnya adalah dari 18 Mac hingga 26 Mac. Malaysia dijadualkan bermain kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pada 22 Mac, dan JDT akan melepaskan pemain kami seawal 15 Mac. Dalam peraturan bola sepak, kelab hanya perlu melepaskan pemain pada 18 Mac.”

Advertisements

Beliau turut percaya dengan fasiliti lengkap dan latihan berintensiti tinggi di JDT tidak akan menjadi masalah bagi membina keserasian pemain memandangkan rata-rata pemain yang dipanggil bermain untuk skuad Harimau Selatan.

“Memandangkan sebahagian besar pemain utama skuad Malaysia adalah daripada JDT, kami percaya pemain JDT yang dipanggil ke pasukan kebangsaan akan dapat membina persefahaman dan kecergasan melalui latihan berintensiti tinggi dan kemudahan fasiliti bertaraf dunia kami di Pusat Latihan JDT.”

Sesi latihan rasmi pasukan kebangsaan pada 15 Mac ini menyaksikan 33 pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lalu akan turun menjalani latihan bagi persiapan menghadapi Oman.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon bakal meneruskan saingan di kempen Kelayakan Piala Dunia menentang Oman di Muscat pada 21 Mac dan di Kuala Lumpur pada 26 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram