12 Watak Baharu Serikan Barisan Ampuh Kim Pan-gon Bertemu Oman
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 33 pemain yang dipilih ketua jurulatih Kim Pan-gon ke kem latihan skuad Harimau Malaya.

Kem latihan pusat kali ini akan bermula pada Jumaat, 8 Mac 2024. Ini sebagai persediaan skuad kendalian Kim Pan-gon bagi menghadapi perlawanan ketiga dan keempat Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat pada 21 Mac 2024 dan di Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

Daripada 33 orang pemain yang dipanggil, skuad ini bakal diserikan dengan kehadiran 12 orang pemain baharu yang dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Antara watak baharu yang dipanggil perkuat pasukan ialah Suhaimi Husin, Azam Azmi Murad, Safwan Mazlan (Terengganu) Sharul Nazeem Zulpakar, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, Ruventhiran, Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC) Haqimi Azim Rosli (KL City) dan T. Saravanan (Sri Pahang FC).
Advertisements

Lebihan 21 orang pemain pula ialah pemain-pemain yang dikekalkan daripada skuad Piala Asia 2023 tempoh hari. 5 pemain yang bersama skuad ke Piala Asia tempoh hari iaitu Natxo Insa, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Sumareh dan Khuzaimi Piee diletakkan dalam senarai bersedia.

Kim Pan-gon dalam pada itu juga menyenaraikan 20 orang pemain berada dalam senarai bersedia.

Advertisements
https://twitter.com/azrihazq/status/1763480423106326628?s=61&t=_FNghcaOCY3bmf8p_bu6Sw

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi bagi perlawanan ketiga saingan Kelayakan Piala Dunia Kumpulan D menentang Oman pada Khamis, 21 Mac 2024 di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat sebelum terbang pulang bagi perlawanan keempat juga bertemu Oman di gelanggang keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa, 26 Mac 2024.

Sementara dua lagi pertembungan lain dalam saingan Kumpulan D menyaksikan Chinese Taipei akan berdepan Republik Kyrgyz di Taipei pada 21 Mac 2024 sebelum Republik Kyrgyz menanti kunjungan Chinese Taipei di Bishkek pada 26 Mac 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram