Advertisement
JDT Tambah Koleksi Pemain Termahal Liga Super
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul ta’zim (JDT), kini menambah koleksi seorang lagi pemain termahal dalam pasukan dan Liga Super.

Pasukan bimbingan Tano Solari kini berada pada landasan terbaik untuk meraih gelaran liga sekali lagi namun menerima tamparan hebat apabila beberapa tonggak import mengalami kecederaan.

Ketiadaan dua pemain utama pasukan, fernando Forestieri dan Leandro Velazquez yang kini terpaksa diketepikan namun pasukan tidak berdepan sebarang masalah apabila Harimau Selatan membawa masuk dua muka baharu.

Kehadiran penyerang sensasi Liga Thailand, Heberty Fernandes dan bintang ternama Jepun, Takahiro Kunimoto menambah sengat buat jentera serangan pasukan.

Pemain yang mesra disapa Kuni itu bagaimanapun memiliki ‘saham’ yang cukup tinggi dalam kalangan pemain di Liga Super.

Menurut data yang dikongsikan oleh laman Transfermarkt, bekas bintang Jeonbuk ini menjadi pemain kedua termahal di Liga Super ketika ini.

Rekod masih lagi dipegang oleh kapten pasukan JDT, Jordi Amat yang kini memiliki nilai pasaran 900,000 Euro (RM4.6 Juta).

@fariszukeiman

3 Pemain berstatus bintang ada di JDT. 👀✍️ Info lanjut di @MakanBola #JDT #Malaysia #LigaSuper #JordiAmat #FernandoForestieri #takahirokunimoto

♬ DJ MANIS PIPI CONGKA – Franz Djawa

Tiga pemain terikat di tangga kedua iaitu penyerang JDT, Fernando Forestieri, perancang tengah Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov dan juga Kunimoto iaitu 800,000 Euro (RM4.1 Juta).

JDT juga memiliki beberapa pemain ternama lain yang turut memiliki nilai yang amat baik seperti Bergson, Oscar Arribas dan Juan Muniz dalam pasukan.