JDT ‘Tapau’ Rekod 5 Pertemuan Menentang Sri Pahang
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Rekod pertemuan lalu dilihat bakal memberi kelebihan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang final Unifi Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC.

Rekod aksi lalu menyaksikan JDT meraih empat kemenangan daripada lima perlawanan. Ini termasuk kemenangan 3-1 Harimau Selatan ke atas Tok Gajah dalam Liga Super pada 17 Disember lalu.

Ad

Gol sendiri Zarif Irfan Hashimuddin, Bergson da Silva dan Feroz Baharudin memberi kelebihan kepada JDT. David Rowley menyumbat gol saguhati buat Sri Pahang.

Ad

Satu-satunya perlawanan di mana JDT dan Sri Pahang berkongsi mata ialah aksi Liga Super pada 10 Julai 2022.

Jentera serangan JDT ketika itu terdiri daripada Ahmad Hazwan Bakri, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi buntu menembusi gawang Tok Gajah yang dikawal Mamadou Samassa.

Ad

Jika Sri Pahang mahu mengulangi kejayaan bergelar juara pada 2014, maka memori aksi suku akhir Piala FA 2018 harus dijadikan sebagai inspirasi.

Ad

Selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi suku akhir pertama, Tok Gajah menewaskan Harimau Selatan 3-0 untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Ad

Penyerang Brazil, Patrick Cruz muncul wira Sri Pahang dengan meledakkan hatrik dalam perlawanan tersebut.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments