ACLE: JDT Terpaksa Lupakan Park Jun-heong
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa melupakan khidmat bek tengah Korea Selatan, Park Jun-heong untuk baki dua aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Sebelum ini, bek tengah berusia 31 tahun itu diperintah keluar padang dalam aksi ACLE antara JDT dan Buriram United pada 3 Disember lalu.

Ad

Aksi itu turut menyaksikan rakan sepasukan Jun-heong, Murilo Henrique dan kapten Thunder Castle, Theerathon Bunmathan menerima nasib sama.

Ad

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bekas bek tengah Suwon Bluewings itu perlu menjalani penggantungan dua perlawanan.

Ini bermakna khidmat Jun-heong tidak dapat digunakan untuk aksi menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari dan Pohang Steelers (18 Februari).

Ad

“Pertahanan JDT Park Junheong terlepas aksi menentang Central Coast Mariners dan Pohang Steelers akibat penggantungan 2 perlawanan yang dikenakan AFC susulan kesalahan ketika aksi bertemu Buriram United, 3 Disember lalu,” katanya di X.

Ad

Situasi ini dijangka merumitkan perancangan pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio untuk kempen Liga Timur ACLE.

Ad

Sebelumnya, beliau terpaksa melupakan khidmat Feroz Baharudin yang perlu berehat panjang akibat kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL).

Bidoglio memiliki Shahrul Saad, Junior Eldstal, Shane Lowry dan Jordi Amat sebagai pilihan untuk mengisi slot bek tengah utama JDT.