Advertisement
ACLE: JDT ‘Ikat’ Buriram United Dengan 9 Pemain
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johoe Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berkongsi mata berdepan wakil Thailand, Buriram United.

Skuad kendalian Hector Hidoglio mengekalkan kesebelasan sama dengan Bergson Da Silva menjadi tujang utama serangan di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT beraksi dengan 10 pemain lebih awal apabila Murilo Henrique dilayangkan kad merah seawal minit ke-13.

5 layangan kad kuning dan dua kad merah menghiasi aksi babak pertama apabila kapten Buriram, Theerathon Bunmathan turut diarah meninggalkan padang.

Peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi rembatan separa Bergson namun dinafikan oleh Neil Etheridge.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk mencari gol pembukaan.

Perancang tengah JDT, Iker Undabarrena melepaskan percubaan kencang namun mudah diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah cerita di Johor Bharu yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Pertahanan JDT, Park Jun-heong dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras ke atas pemain sayap lincah, Guilherme Bissoli.

JDT kini mengumpul 8 mata selepas 6 perlawanan manakala Buriram United dengan 8 mata juga dan menghuni kedudukan ke-7 kumpulan.