Aksi keenam AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan pertemuan antara JDT vs Buriram United.
Skuad kendalian Hector Bidoglio menerima tamparan selepas tunduk tipis di tangan kelab China, Shandong Taishan dengan keputusan 1-0 di tempat lawan.
Buriram United juga mengalami kekalahan apabila tewas 0-3 kepada jaguh Jepun, Kawasaki Frontale tatkala kedua-dua pasukan bakal bertemu sesama sendiri.
Statistik musim 2023 menyaksikan kedua-dua pasukan kuncul muncul juara dalam saingan liga masing-masing dengan skuad Harimau Selatan mencatatkan 25 kemenangan dan satu seri selain merekodkan 100 jaringan dalam liga.
Thunder Castle pula cemerlang menjuarai liga dengan 20 kemenangan dan 9 keputusan seri selain merekodkan 70 jaringan musim 2023.
Rekod semasa dilihat sedikit memihak JDT yang menang 4 kali dalam 5 aksi terakhir manakala Buriram United menang dua, seri satu dan tewas dua perlawanan.
Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan JDT kini menghuni tangga ke-8 Asia manakala Buriram United pada kedudukan ke-48 di Asia dengan dua pasukan ini merupakan jaguh di Asia Tenggara.
Kedudukan JDT sedikit merudum selepas berada pada kedudukan ke-5 tempoh hari setelah dipintas oleh Al-Ittihad (4), Al-Ahli (6) dan Kashima Antlers (7).
Aksi antara JDT vs Buriram United dijadualkan pada 3 Disember 2024 jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.