Advertisement
Live: JDT vs Buriram United, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACL Elite
Live
MakanBola

Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Buriram United.

Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang mengharungi kempen domestik apabila melangkah ke pentas suku akhir Piala Malaysia.

Pengendali kelahiran Argentina itu meletakkan sasaran agar anak buahnya tampil dengan prestasi terbaik menentang Buriram United.

“Esok kita akan berdepan dengan satu aksi mencabar. Jadi, pasukan (JDT) perlu memberi fokus kepada aksi pasukan. Kita perlu untuk mendapatkan tiga mata esok.

“Pada saya, kita menunjukkan persaingan dan beraksi dengan begitu baik. JDT perlu meletakkan intensiti, beraksi secara dinamik dan fokus 100 peratus kepada aksi ini,” katanya pada sesi sidang media pra-perlawanan Astro Arena hari ini.

Ketua Jurulatih Buriram United, Osmar Loss tidak mahu terlepas peluang melakar kejutan beraksi di laman lawan.

“Sebagai jurulatih, saya dan staf kejurulatihan saya fokus kepada satu pasukan (dan) bukan satu pemain sahaja. Kita semestinya tahu pemain-pemain JDT lebih efisien dan lebih berkualiti.

“Saya tak pernah sebut nama pemain dalam sidang media saya, saya hormati para pemain. Saya hormati bentuk (yang digunakan) pasukan dan kualiti dari segi cara mereka bermain,” katanya.

Kesebelasan Utama JDT vs Buriram United

Info Siaran Langsung JDT vs Buriram United

Tarikh: 3 Disember 2024 (Selasa)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.